Saturday, 10 March 2012

Review Gunung Kinabalu




Ciri-ciri
- Ketinggian Gunung Kinabalu ialah 4,905.2 meter (13,455 kaki) dari aras laut.
- Memanjang di Banjaran Crocker
- Suhu di gunung boleh mencecah ke 0 darjah selsius
- Terbentuk dari batu granite yang masih muda

Bagaimana Hendak Ke Sini ?
- Jarak dari Kota Kinabalu ke Taman Kinabalu (National Park) ialah kira-kira 90 km
- Anda boleh menaiki pelbagai jenis kenderaan darat dari Kota Kinabalu, tetapi yang popular ialah bas dan bas mini.
- Tambang bas dari K. Kinabalu ke National Park ialah RM7.00 hingga RM15.00 (one way)

Urusan-urusan Yang Perlu Di buat
Selain daripada mengikuti pakej-pakej yang disediakan oleh agensi-agensi pelancongan anda boleh menguruskan perjalanan anda sendiri dengan:
- Menempah tempat tinggal; sebaik-baiknya menginap di penginapan yang disediakan oleh Kinabalu Gold Resort kerana pengurusan anda untuk mendaki gunung lebih mudah dengan bantuan mereka.
 
- Kos penginapan adalah dari serendah RM12.00* (Menggilan & Medang Hostel)
- Bayaran permit pendakian, premium, guide dan porter (kalau mahu). Semuanya diurus setibanya anda di Taman Kinabalu. Sila hubungi Kinabalu Gold Resort untuk mendapatkan maklumat terkini.



Ringkasan Pendakian 
Tempoh pendakian biasa ialah selama 3 hari 2 malam
- Hari Pertama : Sebaik-baiknya anda bermalam di Taman Kinabalu supaya anda dapat bersedia untuk mendaki pada sebelah pagi keesokannya.
- Hari Kedua : Anda akan mula mendaki dari Timpohon Gate (permulaan pendakian) ke paras 11,000 - 11,500 kaki dari aras laut. Anda akan bermalam pada ketinggian tersebut di rumah rehat yang disediakan.
- Hari Ketiga : Awal pagi (selalunya 2.30 / 3.00 pagi) anda akan meneruskan perjalanan ke puncak (Low's Peak). Setelah puas di puncak anda di kehendaki turun semula hingga ke Timpohon Gate.

Keadaan Semasa Pendakian
- Pada peringkat awal anda akan mendaki dengan melalui jalan-jalan kecil yang mempunyai anak-anak tangga yang dibentuk berdasarkan bentuk muka bumi dan akar-akar pokok. 
- Cuaca yang cerah boleh menjadi berkabus dan hujan dengan sekelip mata. Sentiasalah bersedia dengan baju hujan. Sebaik-baiknya anda membungkus pakaian anda didalam beg plastik sebelum memasukkannya kedalam beg.
- Sepanjang laluan ada disediakan beberapa pondok tempat berehat dan tangki air untuk mengisi botol air.
- Kebanyakkan pendaki mengalami pening-pening dan ada yang muntah semasa mendaki. Jangan lupa membawa ubat yang berkaitan.
- Semakin tinggi anda mendaki, anda akan berasa semakin cepat letih. Ini adalah disebabkan kandungan oksigen diudara semakin nipis.
- Hidung anda akan cepat berair dan anda mungkin akan menghidap selsema. Ini adalah disebabkan udara yang sejuk dan lembap.
- Kebanyakkan pendaki akan hilang selera makan. Bagaimanapun anda di nasihatkan supaya makan untuk mengembalikan semula tenaga anda.
- Keadaan disekitar yang sejuk boleh menyebabkan penguncupan pada otot betis secara tiba-tiba. Ia boleh menyebabkan kekejangan otot (cramp). Anda dinasihatkan supaya membawa ubat yang berkaitan dan kurangkan banyak berhenti berehat semasa anda berjalan. Biarlah anda berjalan perlahan-lahan daripada anda terpaksa mengalami kekejangan otot.
- Permukaan batu granite adalah licin (terutama apabila hujan). Anda dinasihatkan supaya berhati-hati, jangan berlari-lari dan pakailah kasut yang bertapak getah.

Kelengkapan Asas Untuk Dibawa
- T-shirt lengan panjang / baju panas & baju ekstra
- Kasut bertapak getah (Sport / tennis / gym shoes / hiking boots)
- Kasut / sandal ekstra
- Sarung tangan (sekurang-kurang 2 pasang), topi / topeng muka
- Stokin ekstra
- Pakaian pelindung hujan dan angin (baju hujan / wind breaker)
- Tuala, berus gigi dan semua alat kelengkapan diri yang lain
- Lip gloss (cuaca sejuk menyebabkan bibir pecah)
- Ubat-ubatan & plaster untuk blister
- Lampu suluh
- Makanan yang mempunyai kandungan tenaga yang tinggi (coklat, kekacang, kismis, glukos)
- Beberapa beg plastik untuk pelbagai guna.

Keistimewaan
- Taman Kinabalu mempunyai suhu persekitaran yang rendah; mencapai hingga serendah 14 darjah selsius.
- Gunung Kinabalu mencapai suhu 0 darjah selsius
- Terdapat spesis flora yang tidak dijumpai ditempat lain (Rafflessia, Nepenthes Rajah)
- Pemandangan sekitar yang indah dan aman
- Mudah untuk didaki (tidak memerlukan pengalaman)
- Penduduk disekitar yang peramah
- Memberikan servis yang baik
- Banyak lagi keistimewaan yang tidak dapat saya katakan; berbaloi dengan perbelanjaan anda

Aktiviti Yang Anda Boleh Buat di Taman Kinabalu (National Park - Poring)
- Jungle Trekking
- Bird watching
- Mandi air panas asli (Poring Hot Spring)
- Menaiki Canopy Walk (Poring - Ranau)
- Mendaki Gunung
- Berkhemah
- Menjelajah Gua (Gua Kelawar - Poring, Ranau / Gua Paka - Gunung Kinabalu)
- Mandi air terjun
- Melawat pameran dan Conservation Centre

No comments:

Post a Comment