- Ketinggian Gunung Kinabalu ialah 4,905.2 meter (13,455 kaki) dari aras laut.
- Memanjang di Banjaran Crocker
- Suhu di gunung boleh mencecah ke 0 darjah selsius
- Terbentuk dari batu granite yang masih muda
- Jarak dari Kota Kinabalu ke Taman Kinabalu (National Park) ialah kira-kira 90 km
- Anda boleh menaiki pelbagai jenis kenderaan darat dari Kota Kinabalu, tetapi yang popular ialah bas dan bas mini.
- Tambang bas dari K. Kinabalu ke National Park ialah RM7.00 hingga RM15.00 (one way)
Urusan-urusan Yang Perlu Di buat
Selain daripada mengikuti pakej-pakej yang disediakan oleh agensi-agensi pelancongan anda boleh menguruskan perjalanan anda sendiri dengan: - Menempah tempat tinggal; sebaik-baiknya menginap di penginapan yang disediakan oleh Kinabalu Gold Resort kerana pengurusan anda untuk mendaki gunung lebih mudah dengan bantuan mereka.
- Kos penginapan adalah dari serendah RM12.00* (Menggilan & Medang Hostel)
- Bayaran permit pendakian, premium, guide dan porter (kalau mahu). Semuanya diurus setibanya anda di Taman Kinabalu. Sila hubungi Kinabalu Gold Resort untuk mendapatkan maklumat terkini.
Ringkasan Pendakian
- Tempoh pendakian biasa ialah selama 3 hari 2 malam - Hari Pertama : Sebaik-baiknya anda bermalam di Taman Kinabalu supaya anda dapat bersedia untuk mendaki pada sebelah pagi keesokannya.
- Hari Kedua : Anda akan mula mendaki dari Timpohon Gate (permulaan pendakian) ke paras 11,000 - 11,500 kaki dari aras laut. Anda akan bermalam pada ketinggian tersebut di rumah rehat yang disediakan.
- Hari Ketiga : Awal pagi (selalunya 2.30 / 3.00 pagi) anda akan meneruskan perjalanan ke puncak (Low's Peak). Setelah puas di puncak anda di kehendaki turun semula hingga ke Timpohon Gate.
Keadaan Semasa Pendakian
- Pada peringkat awal anda akan mendaki dengan melalui jalan-jalan kecil yang mempunyai anak-anak tangga yang dibentuk berdasarkan bentuk muka bumi dan akar-akar pokok.
- Cuaca yang cerah boleh menjadi berkabus dan hujan dengan sekelip mata. Sentiasalah bersedia dengan baju hujan. Sebaik-baiknya anda membungkus pakaian anda didalam beg plastik sebelum memasukkannya kedalam beg.
- Sepanjang laluan ada disediakan beberapa pondok tempat berehat dan tangki air untuk mengisi botol air.
- Kebanyakkan pendaki mengalami pening-pening dan ada yang muntah semasa mendaki. Jangan lupa membawa ubat yang berkaitan.
- Semakin tinggi anda mendaki, anda akan berasa semakin cepat letih. Ini adalah disebabkan kandungan oksigen diudara semakin nipis.
- Hidung anda akan cepat berair dan anda mungkin akan menghidap selsema. Ini adalah disebabkan udara yang sejuk dan lembap.
- Kebanyakkan pendaki akan hilang selera makan. Bagaimanapun anda di nasihatkan supaya makan untuk mengembalikan semula tenaga anda.
- Keadaan disekitar yang sejuk boleh menyebabkan penguncupan pada otot betis secara tiba-tiba. Ia boleh menyebabkan kekejangan otot (cramp). Anda dinasihatkan supaya membawa ubat yang berkaitan dan kurangkan banyak berhenti berehat semasa anda berjalan. Biarlah anda berjalan perlahan-lahan daripada anda terpaksa mengalami kekejangan otot.
- Permukaan batu granite adalah licin (terutama apabila hujan). Anda dinasihatkan supaya berhati-hati, jangan berlari-lari dan pakailah kasut yang bertapak getah.
Kelengkapan Asas Untuk Dibawa
- T-shirt lengan panjang / baju panas & baju ekstra
- Kasut bertapak getah (Sport / tennis / gym shoes / hiking boots)
- Kasut / sandal ekstra
- Sarung tangan (sekurang-kurang 2 pasang), topi / topeng muka
- Stokin ekstra
- Pakaian pelindung hujan dan angin (baju hujan / wind breaker)
- Tuala, berus gigi dan semua alat kelengkapan diri yang lain
- Lip gloss (cuaca sejuk menyebabkan bibir pecah)
- Ubat-ubatan & plaster untuk blister
- Lampu suluh
- Makanan yang mempunyai kandungan tenaga yang tinggi (coklat, kekacang, kismis, glukos)
- Beberapa beg plastik untuk pelbagai guna.
Keistimewaan
- Taman Kinabalu mempunyai suhu persekitaran yang rendah; mencapai hingga serendah 14 darjah selsius.
- Gunung Kinabalu mencapai suhu 0 darjah selsius
- Terdapat spesis flora yang tidak dijumpai ditempat lain (Rafflessia, Nepenthes Rajah)
- Pemandangan sekitar yang indah dan aman
- Mudah untuk didaki (tidak memerlukan pengalaman)
- Penduduk disekitar yang peramah
- Memberikan servis yang baik
- Banyak lagi keistimewaan yang tidak dapat saya katakan; berbaloi dengan perbelanjaan anda
Aktiviti Yang Anda Boleh Buat di Taman Kinabalu (National Park - Poring)
- Jungle Trekking
- Bird watching
- Mandi air panas asli (Poring Hot Spring)
- Menaiki Canopy Walk (Poring - Ranau)
- Mendaki Gunung
- Berkhemah
- Menjelajah Gua (Gua Kelawar - Poring, Ranau / Gua Paka - Gunung Kinabalu)
- Mandi air terjun
- Melawat pameran dan Conservation Centre